BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 30, 2010

kehidupan




kadang-kadang
kita rasa kehidupan kita terlalu sukar,terlalu susah
kita rasa kitalah yang paling malang
kita rasa kitalah paling tidak bahagia...

sebenarnya...
kita lupa memandang sekeliling kita...
kita lupa merenung seketika...
kita lupa mensyukuri nikmat kita

begitu juga saya...
dikala ini saya rasa semacam terlalu berputus asa..
bahu yang selama ini saya sandarkan mungkin
telah tiada..
jalan yang selama ini saya lalu terasa
terlalu berduri

tp
disebalik rasa ini,
saya tetap berbangga dibesarkan dalam
sebuah keluarga
keluarga yang sempurna
keluarga yang melengkapi kehidupan saya...

dan hr ini,si kecik itu telah menggembirakan saya...hehe

Thursday, July 29, 2010

teruna dan dara

Teruna:Cinta kita akan kekal utuh dilubuk hati yang dalam...itulah hasil keikhlasan dan kesabaran kita selama ini...terima kasih diatas keikhlasan dan kesucian kasih yang syg beri..akan kekal selamanya

Dara: selagi org bernafas,selamanya org tetap sayang dan cinta sayang

Teruna:i believe in our love sayang. Hati orang tak pernah berubah dan takkan berubah

Dara:syg,jadikan kenangan kita kekuatan kita

Teruna:dats d hardest thing i have to do in my entire life

Dara:Org tahu tp x mungkin utk kita lupakan


~~~owh,macam tuelah kata-kata sepasang kekasih.Saya bukan nak mempertikaikan kata2 yang mereka lafazkan..tp saya terfikir,sejauh manakah kata2 yg disampaikan oleh pasangan2 ini...benarkah hati siteruna takkan berubah dan takkan berubah.Bagaimana suatu masa nanti,mereka ditakdirkan berpisah dan berjauhan...atau mungkin berlakunya perselisihan sehingga hilangnya kepercayaan.Sanggupkah lagi sidara menyimpan kenangan mereka bersama....

bercinta mmg indah...apatah lagi bercinta yang sentiasa mendapat restu org tua dan mendapat keredhaan dr Allah...yang pasti,jgn sampai terlalu taksub mengejar cinta manusia sehingga lupa cinta Pencipta....

Wednesday, July 28, 2010

behind everything...

~~~No one can tell behind joyful eyes is a girl who can’t help but cry~~~


Tiada siapa yang boleh menafsir disebalik wajah yang tersenyum,ketawa yang riang,gelak ketawa yang gembira...tiada sesiapa pun yang tahu disebalik semua itu..cakaplah,anda memang mengenali sahabat karib anda,pasangan anda atau pun ibu bapa anda...anda melihat mereka tersenyum,ketawa dan bergelak gumbira,tapi sebenarnya anda tidak tahu apa yang tersirat..

Saturday, July 24, 2010

adakah masih sama?

7.30 pg pergi pasar,balik siang ikan,bsh ayam n terus masak....lepas masak g sapu luar umah n pungut pokok2 yg saya dah terbang smlm...masuk umah,mandi+solat+makan,terus gosok baju sebakul..baca newspaper...asar g solat n terus potong pokok n cabut2 rumput kat luar pagar smpi maghrib n malam...me time...

owh sy bukan nak mengeluh penat...sy x kisah dan saya dah biasa dengan kerja-kerja macam nie....

tapi saya teramatlah risau bagaimana nanti bila saya dah berkahwin...
dapat ker sy menjaga mak saya seperti sekarang...
setiap mggu blk kg (bandar JB sbnrnya) menjenguk dia...
kesian dia...
mesti sy rindu...

soulmate...

i believe that everyone has their own soulmate in their life...
same goes to me...
miss my soulmate....sgt rindu that litle angle
d one who always cherish my day wit lurve,laughter and cry
owhhh....tersangat-sangat

teregt masa saya ditimpa demam (actually tgh mood demam skang)
my soulmate took me to d clinic
walau terasa dia telah menggunakan kuasa "veto"nya utk memaksa saya berjumpa doktor
tp menghargai perjalanan dia yang jauh...pasrah sajalah

owh,teregt sambutan birthday saya yg dirai...
tersgt istimewa....sangat dan sungguh...terharu

saya tak lupa macamaner kami bergaduh..heheh
dua2 kaki gaduh dan dua2 nak menang...
las2....dua2 nangis...
owh,sungguh tak malu dua manusia tua ini,menangis sebagaimana kanak-kanak yang tidak dapat gula2...

saya juga tak lupa utk setiap detik ditegur dan dimarahi...
tidak mungkin saya lupa nasihat2 yang diberi..
apa lagi utk melupakan sesuatu yang bermakna
kerna apa saya dan tindakan saya pada hari ini
sebahagiannya kerna soulmate saya

tapi kini,soulmate saya terlalu "jauh"
jauh sangat untuk dicapai dan dipimpin
sy sgt rindu soulmate saya yang "dulu"...
tp sayang,ianya telah "mati"

sesungguhnya,saya tak putus berdoa utk dia...agar dia sentiasa diberkati...amin...

Sunday, July 18, 2010

tajuk itu dan wall ini...

sincerity??
kenapa ek saya pilih tajuk blog saya begini...
yeah...utk 2 thn lebih kebelakang ini saya telah diajar tentang keikhlasan..
bukan saya maksudkan ibu bapa atau cikgu2 saya tak pernah mengajar begitu
tidak sama sekali
tapi saya lebih mendalami maksud keikhlasan ini...
"dalam apa-apa kita buat,yang penting ikhlas zai"
yes....always remember...
dan kesan keikhlasan itu yang membawa saya ke sini
kesan keikhlasan itu yang mendorong saya untuk membuat satu keputusan
dan kerana keikhlasan,saya tak pernah mengharap balasan...
terima kasih...terima kasih dan terima kasih....
kini saya tahu,saya percaya utk setiap apa yg saya lakukan,saya perlu ikhlas
agar apa pun yang terjadi,saya boleh terima dengan terbuka....dengan izin-NYA.

wall ini??
yeah...sebenarnya saya menumpukan pada "life goes on"
deciding to close my previous blogs bila saya betul2 tgh cium ke bumi
n deciding to create this blog bila sy tgh merangkak utk bgn semula
thanks utk kawan2 yg sentiasa menyokong saya dan mendoakan saya
owh sangat sakit ketika saya tersungkur
cakaplah apa sahaja yg saya tak buat....sehinggalah saya pernah alami sakit dada
hypertension!!
berlagak senyum dan gembira...owh....hebat saya berlakon (memetik kata2 kawan saya ain n shikin)
tp semua ini menjadikan saya kuat...lebih tenang berhadapan masalah
saya tak nak sesak nafas dimalam hr sorg2 lagi...tidak...saya tak mahu..!!

verdict:watever happen,life must go on...continue.matlamat kita manusia hanya satu...untuk berjumpa PENCIPTA...so,lakukan dengan keikhlasan....:-)semoga saya sentiasa tenang dengan ujian2 mendatang...HE knows d best

Thursday, July 15, 2010

sujud memohon

Wahai Tuhan yang Maha mendengar
Hamba-Mu ingin bicara dengan suara paling halus
Kerana malu mengaku dosa

Wahai Tuhan yang menyempitkan kehidupan ahli fasik
Hambamu tidak mampu menahan seksa terhimpit di lembah kehinaan ini

Wahai Tuhan yang Maha melihat
Ketika malam gelap gelita
Hamba Mu memohon keampunan
Atas dosa terlihat oleh Mu
Ketika terangnya siang atau tiada cahaya

Wahai Tuhan yang tak pernah menzalimi semua ciptaan
hambaMu sujud insaf
setalah dihancurkan hidup dengan balasan derita
natijah kealpaan dan keangkuhan

Wahai Tuhan yang menunjukkan jalan lurus untuk orang yang terpilih
Tunjukkanlah aku jalan itu,untuk ku jejaki langkah mereka.....

decision

Dan akhirnya....

Akhirnya,saya membuat keputusan untuk menulis semula...mungkin cara dan intipati penulisan yang agak berbeza...

Entah apa yang membawa saya untuk menulis semula...terasa macam ada kekosongan atau kekurangan..

Insya Allah,dapat menjadikan saya lebih bermotivasi tinggi...cewah!!!
Yang pasti,blog ini merupakan sesuatu untuk saya kenang....saya baca kembali...atau mungkin peninggalan untuk anak-anak saya....(anak????emmmmm)

2 blog asal ada sejarah yang tersendiri untuk diri saya....atau mungkin untuk org lain...terpulanglah pada mereka....tp pada saya tetap SESUATU yang AMAT saya hargai....saya kenang sbb semua itu yang menjadikan saya,yang membentuk saya pada hari ini dan tika ini....pastinya....semua itu adalah saya....sebahagian daripada saya...

Well.....stop a while as a mukadimah.....

Going to work.....