BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 24, 2011

pangkat dan darjat..

seronok kan bila kita ada pangkat dan darjat...
apatah lagi apabila menggunakan pangkat dan darjat ikut suka suki kita..
hingga kita mampu bermewah,bersenang-lenang dan bergembira..
kita mampu mengawal dan mengarah tanpa rasa bersalah
sehingga kita lupa dan alpa..
kita turut mengarah minda kita untuk menghalalkan perkara kecil yang kita tahu haramnya
kita memujuk rasa dengan berkata...."tidak apa,perkara kecil sahaja"..
yang masih muda akan berkata.."dah tua nanti, taubatlah kita"
tp tak terfikirkah kita,panggilan maut itu tidak tentu masanya..
tatkala saya sedang menaip ini juga,malaikat maut boleh menjemput...
siapa kita untuk menyatakan ajal kita di usia tua??

pangkat dan darjat...
sebenranya satu tanggungjawab yg diamanahkan untuk kita..
mempunyai kuasa untuk menuduh seseorang dan menyewakan penjara untuk beberapa tahun kehidupan mereka
menghantar mereka ke tali gantung
nampak gah..nampak hebat
tapi sebenarnya...satu amanah yg dipertanggungjawabkan

anak-anak mama,
mama tak pasti dapat menyediakan rumah yang mewah,kenderaan yang hebat untuk anak-anak mama,
tapi mama akan memastikan ilmu agama dan pendidikan yang cukup untuk anak-anak mama..
Insya Allah..anak-anak mama tidak berada dalam kesempitan dunia dan akhirat kelak...

*en3 ini ingatan untuk diri sendiri setelah beberapa hari kebelakangan, cuba disogokkan dengan kemewahan dunia oleh mereka..dan untuk bakal anak-anak mama,supaya kalian semua tahu bertapa sayangnya mama...dan mama tidak izinkan darah yang mengalir dari darah daging mama dari sumber yang tidak mama ketahui

Wednesday, January 19, 2011

crazy day

a lot of things make me feel crazy today..

1st: fever en somi yang tak baik-baik lagi

2nd: miss my mum so much...sgt-sgt rindu...

3rd: keadaan hormon yang not in gud condition

4th: nafsu makan yang teramat-amat melampau...hampir setiap kedai makan disinggah semata-mata untuk mencari kueh pau pagi td..tp x jumpa...huarghhh

5th: tetiba rasa teringin sangat nak makan dekat pokok cherry jb..n those all psn yg berkaitan dengan pokok cherry...owh,sgt sedap teh ice n budu dan ulam-ulaman dia...

6th: tdo yg tak lena semalam sebab mimpi hantu...iaitu budak kecik berpayung tapi tidak bermata...owh,tolong jangan datang lagi yek...

7th: miss my bestie very2 much...nak melepak,shopping...gaduh...owh,tp saya harus berhati2 shopping ngan bestie...nanti kena paw lagi...:-P

8th: masa yang membazir dimahkamah pg td...come on lah,u seat there,use ur brain n not ur statistik...ayoyoooo

n bla bla bla bla bla.......

tp telah disejukkan hati dengan security guard mahkamah muar pagi td...beliau telah melambai ke arah kereta saya sebaik sahaja kereta kecil saya itu masuk kawasan mahkamah...dan beliau menjaga parking untuk saya...owh, terharu...walau kete saya kecik, dia tetap nampak...

owh,berilah saya kekuatan untuk menghabiskan hari ini dengan tenangnya...tp tidak, petang ini sy perlu ke mahkamah lagi...

ikhlaskan hati....ikhlaskan hati...ikhlaskan hati dan ikhlaskan hati...iklhlas n ZZZzzzzzzzzzz.....

Tuesday, January 18, 2011

cepatlah...



cepatlah sembuh...sian awak demam
tak pasal-pasal tido bersama-sama rempah ratus
kesian saya wak sbb kesian kat awak...:-)
cepatlah sembuh ek..
sapa nak jaga saya nie...:-P

kesian en somi dah seminggu lebih demam..
tak pernah2 demam lama macam nie..
dah kurus SKET dah...
huargghhh...jeles awak kurus sebenarnya

Monday, January 10, 2011

ya aishah...

ya aishah...ku seru- seru,ku panggil-panggil
lain betul rasanya bila menyebut nama mu aishah..
belum bertemu,tapi sudah jatuh cinta..
tentunya cinta yang tidak pernah saya rasa...
ya aishah,ya aishah...
sayang sama aishah...
semoga takdir menemukan kita aishah...:-)

Monday, January 3, 2011

bye2 2010..n welcome 2011

Tahun rojak…tahun yg pelbagai rasa… penuh dengan perasa dan perisa…

Tahun yang menjadikan saya lebih kuat yg mencipta rasa mati dalam diri saya…

Dari segi pekerjaan, Alhamdulillah masih berjalan lancar. Dan kes-kes yang saya jalankan,semuanya mendapat sabitan.yeah,bukan saya untuk menyatakan sama ada pesalah-pesalah itu benar-benar bersalah atau tidak,tetapi tindakan saya adalah berdasarkan apa yang ada di hadapan saya..tetapi agak sedih,apabila terlalu banyak kes-kes yang melibatkan bapa yang merogol anaknya seperti yg berlaku…kisah si anak serba sedikit menjadikan saya kagum dengan ketabahannya untuk meneruskan hidup…

Alhamdulillah kesihatan mak saya semakin bertambah baik..Berbanding tahun lepas,emak sudah mula kembali bersosial bersama kawan-kawannya…jgn tak tahu,siap pergi bershopping lagi TANPA saya…tapi tak apalah mak, asal mak sihat dan gembira…sudah cukup membuat hati ani berbunga-bunga..

Jika bercakap berkenaan cinta…saya boleh berbangga denga diri saya…andai ditanya mengenai pengorbanan dan cinta,saya merasa lega kerana saya membuat sesuatu demi cinta saya…untuk cinta saya,saya berikan seumur hidup saya…mmg betul kata pujangga,cinta itu buta…betul,pada saya cinta itu mmg buta pada mata MEREKA dan bukan pada hati saya…dan kerana cinta,jiwa saya begitu kuat dan saya menjadi seorang yang tabah…terima kasih cinta…

Perubahan status diri saya…2010 menyaksikan dengan sahnya,saya menjadi seorang isteri….status yang mengangkat lagi martabat saya sebagai seorang wanita…ini bermakna,tanggungjawab saya bertambah…cara hidup yang berbeza…dan tentunya keutamaan saya sudah beralih…what I can say,I’m in d process of learning….

Ujian??Cubaan??halangan??hai,kawasan mana yang tak ditimpa hujan…laut mana yang tak bergelora…macam itulah kehidupan..dalam 12 bulan,mmg terlalu banyak ujian,cubaan dan halangan…dalam banyak2 ujian yang saya hadapi, tentunya saya takkan melupakan mengenai FITNAH itu…apatah lagi cerita itu sampai disaat2 saya sibuk dengan persediaan kahwin saya..jujurnya,hingga sekarang,jika dibuka cerita itu…air mata ini masih mengalir..

Kesihatan saya pun tak berapa baik untuk tahun ini..sesuatu yang agak diluar jangkaan…tapi saya harus positif….berusaha untuk merawat dari terus meratap…

Maka berlabuhlah 2010 pergi…2011,saya berusaha untuk menjadi seorang yg lebih hebat untuk en somi,family,sahabat-sahabat ,dan pekerjaan saya…yang pasti,ujian dan dugaan pasti sedang menunggu…maka hadapilah dengan sabar dan tabah(like this!!)…n semoga kegembiraan,keberkatan dan kerahmatan ILLAHI bersama saya dan orang-orang yang saya sayang…