BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 19, 2011

masa lalu kita..

ada org berkata pada saya..lupakanlah masa lalu kita..dah menjadi sejarah...tapi pada saya,sejarah lalu yang menjadikan saya pada hari ini..

katakan pada saya..
orang yang pernah jatuh dulu,bangun semula semata-mata tidak mahu jatuh semula
bukankah itu kesan masa lalu mereka..

katakan pada saya..
orang yang pernah dicaci kerana kekurangan diri, belajar dan berusaha untuk menutup kekurangan,
bukankah itu kesan masa lalu mereka

katakan pada saya..
Si positif dan bermotivasi tinggi yang lahir dari keluarga yang sempurna dan lengkap dengan kasih sayang,
tiba-tiba ujian untuk dirinya...kebahagian itu hilang
dan si positif itu menjadi lemah lagi bercelaru..
bukankah iyu juga kesan masa lalu mereka

katakan pada saya..
seorang yang begitu agung dengan cinta dunianya..
ditinggal dan meninggalkan cinta atas sebab yang tidak pernah terfikir olehnya..
menjadi seorang yang begitu berhati-hati dengan cinta..malah ada yang terus mati untuk bercinta..
ia, itulah juga kesan dari masa lalu mereka...

dan saya akui...sayalah salah seorang dari mereka yang hidup dari kisah lalu...
saya hargai apa yang saya ada pada masa lalu...tidak pernah menyesal dan saya sayang semuanya..baik kegagalan,kejayaan,kebahagiaan dan kesedihan..masa lalu saya yang banyak menjadikan saya pada hari ini...

Thank You ALLAH for everything esp this life...

0 comments: